::cerita cinta saya::

Tadi,saya membelek belek kembali blog lama saya yg terletak pada friendster blog…setelah sekian lama mem’blog’ di situ saya beralih arah kepada blogspot…saya terjumpa ‘tulisan’ blog lama2 yg saya kira mengusik hati sensitip saya di kala ini..cerita mengenai cinta saya dan En.Suami..aneh rasanya,kerana masa pantas berlalu..inilah cerita cinta saya pada tahun 2007 yg lalu…

::kamPung peLat??::

hari sabtu lepas 16/6,bakal suami mengajak aku pergi ke Kampung Pelat.

aku bertanya kenapa mahu ke pergi Kampung Pelat.Katanya mak angkatnya nak buat dinner sikit malam itu,jadi bersiap-siap lah aku memakai baju blaus kaler koko,yang menampakkan aku 10 tahun dari usia asal.Blaus koko ini adalah atas permintaan bakal suami ku sendiri.Jadi mahu tidak mahu,ku sarung kan jua baju koko,sedondon seluar berwarna khakis,dan bertudung hitam,persis makcik mahu pergi berjalan-jalan.

“Malam ni ada dato-dato nak datang rumah mak agkat abang,jadi sayang kena pakai macam ni,baru la cantik”

aku terpinga-pinga..marah pun ada,geram pun ada,tapi biarlah..

aku bertanya,Kampung Pelat tu dimana,abang kata nanti kita sampai,ada dekat Jelutong je..

setahu aku,aku tak pernah jumpa nama Kampung Pelat area Jelutong,tapi tak kisah la,dah abang sendiri yang mahu memandu,aku ikutkan saja.

sampai di Georgetown,abang membelok masuk ke suatu tempat yang aku sangat kepingin nak masuk sejak setahun lepas.Di awal perkenalan aku dan abang,abang pernah tanya,dalam banyak2 tempat kat Penang ni,mana yang paling aku nak pergi.

Aku jawab aku nak pergi E&O (Eastern and Oriental hotel).Bangunan hotel ini adalah bangunan kolonial zaman british,cantik berwarna putih dari luar,aku teringin nak masuk,nak tengok keadaan dalam bangunan ni.(i have a fascination about colonial architecture).Dari tempat reception sampai la ke bilik air,semua struktur architecture zaman 1887 dikekalkan.Terasa macam berada dalam cerita English lama-lama.WOW!

aku masih lagi menggagumi keklasikkan struktur dan hiasan dalaman bangunan E&O ini,tiba-tiba abang berhenti di salah sebuah restoran yang terdapat di situ,The Sarkies,gaya restaurant ala tahun 1887,memang cantik..

Abang memberitahu namanya pada doorman disitu lantas doorman menunjukkan kami meja yang di tempah khas oleh abang untuk menyambut hari lahir ku.

Aku tergamam,memang langsung tak terduga abang menempah meja khas untuk makan malam hari itu,meja itu terletak di verandah,berhadapan pantai.Aku terpana..dan hampir menangis.

Aku ingat kan abang hanya nak bawa aku tengok E&O sahaja,tak sangka abang sudah menempah meja untuk berdua seminggu sebelum itu.

“sayang…ini lah Kampung Pelat”

aku hampir menjerit dan menangis “TIPUUUUUUU,ini bukan Kampung Pelat lahhhh!!!”

“memang bukan Kampung Pelat,ini lah E&O yang sayang nak masuk dulu,sekarang abang dah bawa,suka tak?….Happy Birthday sayang”

aku rasa macam nak pengsan..surprise birthday yang paling best pernah aku ada.tidak cukup dengan itu,abang mmeberitahu aku lagi

“esok,kita pergi cari cincin ye sayang…”

Aku memang nak pengsan!!

(Aku bersyukur dan sangat gembira bukan kerana aku dapat masuk E&O,tapi pasal Allah menemukan aku dengan bakal suami ku ini..)

P/s::the foods are awesome i tell you.

for more info about this gorgeous hotel visit it HERE!

~~apa cerita cinta anda?

4 Responses to “::cerita cinta saya::”

  1. Shima Sapian Says:

    ibu erni, acane nak cantikkan page/template background mcm koo? heheee.. kasi ajar kan saya puan guru… =)

  2. Anasfadilah Says:

    senang je la chim..

    kalau nak macam aku nyer..ko pi kat panel sebelah kiri ni ada panel "powered by" ko klik kat blogger xml skin…better ko pakai xml,senang sikit.

    takpun koleh cari kat google,byk template xml sekarang senang je nak upload,ada diterangkan.

    pi kat sini
    http://www.pyzam.com
    http://www.suckmylolly.com

    byk ada dah sekarang…make sure xml la pasal kalau tak tau pakai html susah sket.

  3. Obefiend Says:

    jiwang nya anda.

    btw.. kenapa merah sangat ni. macam rambo datang menerjah jek. argh arh

    my eyes!!!

  4. Anasfadilah Says:

    abg effi::betul ke merah sgt…sakit mata ke?ala nanti nak tukar la…*dongg*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: