::new job?::

Saya adalah kontraktor sepenuh masa (pekerja kontrak le senang citer..) its been 3++ years ive been here in NaFISH…government punya opis,tapi saya RA contract saje…bukan tidak mencari kerje lain,ada…tapi rezeki belum sampai..Ada beberapa yang saya tolak kerana faktor tempat..(keje kat KL..sedangkan saya di Penang..mana boleh tinggal itu En.Suami di sini..)

Puas sudah mengisi borang SPA8,dengan harapan dapatlah diserap masuk ke sini…tapi ialah,kerajaan ni..banyak sangat birokrasi.protokol dll..MELAINKAN…anda adalah somebody to somebody…ye anda boleh kerje tetap..Ada juga saya apply kerja di syarikat swasta,tetapi di Penang ini,berkaitan bidang kerje saya amatlah kurang..tapi itu hanya minor setback saje…saya tetap berusaha

Lagi-lagi,dengan bakal hadirnya org baru dalam hidup saya dan En.Suami nanti,segala keperluan perlu disediakan utk si kecil nanti.Bukan sekadar pakaian,tmpt perlindungan dan makanan saje,tetapi juga perubatan..(mujurlah klinik kesihatan kerajaan banyak berdekatan saje,tapi ialah…klinik kerajaan,perlu lah tunggu hampir sejam…utk berjumpa Dr. saje..jika ditakdirkan sakit pada waktu malam,terpaksa juga ke klinik swasta)

pagi tadi setelah mencium pipi dan mencium tangan Suami ke tempat kerja,air mata saya menitik..sayu saya lihat wajah Suami di hening pagi…saya tahu dia berusaha lebih dari saya,kerana itu adalah tugasnya memikul tanggungjawab sebagai Suami dan bakal menjadi seorang ayah nanti..

Saya yakin..kami akan berjaya harungi jalan kehidupan ini..InsyaAllah

p/s::Rezeki Allah turunkan dengan pelbagai rupa,bukan sekadar berupa wang ringgit,kesihatan yang baik itu juga rezeki yang Allah bagi

p/s/s::manusia (termasuk saya) jarang mengucap syukur dengan apa yg ada

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

6 Responses to “::new job?::”

  1. precious innocent Says:

    how should i address u?? dilla is it??

    mcm i nie, hmmm…. financial prob mmg selalu mjengah… start dr kami tunang smp la dah ada anak nie…

    penah jugak la hampir2 nak buat benda bodoh, tp mujur hubby org yg maha penyabar dgn kerenah bini dia ni yg kekadang gila + mereng…

    so, ape2 pun kita kene selalu bsabar & bdoa agar Allah pmudahkan rezeki utk kita…amin……..

  2. Anasfadilah Says:

    mama ryan::dila pun boleh,anas pun boleh..apa2 pun boleh..

    saya aje kadng2 terlebih pk..risau tak semena-mena..asben pujuk kate…jgn risau sgt.

    ntahlah..pregnancy hormone kot…hhehe

    p/s::tgh peknen ni ada2 aje yang buat hati risau,sedih,marah,malas dll…huhuhu

  3. Obefiend Says:

    tenang tenang……. sabar sabar

    senang je aku cakap. insyaallah.. baby tu jadi rezeki nanti oke

  4. wawajoe Says:

    setiap anak itu, ada rezekinya..insya-allah. Sapa yang tak mahu beri kesenangan pada anak yang bakal lahir. Insya-allah..

    Dila, bukan senang nak jadi senang.

  5. Miss BumbleBee Says:

    http://eregistry.usm.my/hr/erecruit/

    watch out this site. sila baca cara2 untuk mendaftar secara online.

    dkt site nih, ada info:

    Untuk makluman pengguna-pengguna yang budiman, iklan jawatan kosong USM tahun 2008 dijangka akan disiarkan pada pertengahan Februari 2008 / awal Mac 2008

    mana tahu boleh memohon

  6. taichee~@! Says:

    Salaam adik.

    Aku tahu, aku bukanlah orang yg TERBAIK dalam memberi nasihat. Sbb aku cuma seorang hamba Allah yg lemah daya, lemah segala dan berdosa. Hamba Allah yg masih dikit ilmu dan agama…Oh! Ampunkan aku kalau aku tinggalkan komen begini di blog cantik ini.

    Kepada kamu yang aku sayang, dan juga adik adikku lain yang aku sayang, selain dari mendoakan diri kita, ayahbonda, aku juga mendoakan adik beradik dan ahli keluarga lainnya. (kalau boleh semua org Islam aku doakan, dan juga org bukan islam spy dorang cintakan Allah swt- termasuklah XBoss yg kejam itus).

    Semoga kamu semua diampunkan dosa dosa, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, insyaAllah…

    Allah dah janji, rezeki tu ada. Kalau bukan pada duit, tapi pada byk benda/ bukan benda. Allah tu Maha Kaya, tak luak pun kalau kita saling meminta dan merayu padaNya. Dia lagi suka. Satu lagi, kalau boleh amalkan juga baca al-waqiah, aku tahu kamu salu baca Al-Quran…alhamdulillah. Oh! sapalah aku nak suruh adik aku yg rajin mengaji ni…

    Kadang kita rasa sesuatu benda itu buruk, sedangkan kita tak tahu Allah nak beri sesuatu yang jauh lebih baik…Kadang kita rasa sesuatu itu cukup indah dan cantik, yg paling baik, tapi sebenarnya itulah yang menjadikan keadaan kita bertambah buruk dan alpa perintah Allah…Boleh jadi mendatangkan kecelakaan dan menambah dosa pula.

    Kesenangan dan kaya raya itu juga suatu ujian Allah. Segala harta dan kebendaan di dunia ini, hanyalah perhiasan semata…bila bila Allah boleh tarik balik, termasuklah keupayaan kita nak makan, nak senyum, nak gerak…nak kentut pun!

    Subhanallah…rasa nak menangis kalau nak hitung rahmat Allah pada kita, termasuklah aku yg mudah terlupa!

    InsyaAllah, jika diizinkan Allah, doa doa kamu selama ini (walaupun makan tahun..) akan dimakbulkanNYa..asbab rajin berdoa dan meminta, asbab sentiasa berusaha dan TIDAK PUTUS ASA (walaupun tak solat hajat yg penting minta dan minta).

    Allah tu kan Maha Penyayang, Maha Memberi Rezeki…insyaAllah, dia nak kita sabar..dia uji kita dengan kesusahan dulu…

    InsyaAllah. Kak Naz pun salu doakan kebahagiaan, kesihatan, dimurahkan rezeki dan limpahan kasih sayang Allah Taala kpd semua adik beradik…

    Sekali lagi, sapalah aku nak bagi nasehat…oh…!

Leave a reply to Miss BumbleBee Cancel reply