*hati mama*

tiada kata-kata yang bisa mengungkap betapa kasihan hati saya melihat Ziyyad dalam kesakitan. Jika boleh sakit itu di pindahkan pada saya,alangkah baiknya.

Tidur malam Ziyyad tak lagi lena. Ada masanye Ziyyad tidur dengan gaya merangkak,sambil tersengguk-sengguk. Sedih saya melihatnya,saya kejut Ziyyad bangun

Dia tersenyum di sebalik kesakitan yang di alami tatkala saya mengangkat Ziyyad.

Tapi,bila bermain,Ziyyad seakan lupa sakit yang dialaminya. Ketawa dan bermanja seperti biasa dengan kami

Setiap kali membasuh darah dan nanah yang melekap pada kepalanya,Ziyyad menjerit sambil kesakitan. Acap kali itu juga saya berkata;

“mama sorry,babah sorry sayang,mama nak bagi Ziyyad sihat tak sakit lagi”

dalam esak Ziyyad,Ziyyad mencebik tanda protesnya pada kami

nampak kah kalian lubang pada kepala Ziyyad?. Itu adalah bisul Ziyyad yang sudah pecah. Tiap-tiap pagi kami akan bersihkan nanah dan darah yang keluar pada malam sebelumnya.

tolak semua kegelian yang ada pada saya. sambil membaca Bismillah dan sedikit selawat,saya sapu dan bersihkan luka itu.

kadang-kadang terpancut nanah beserta darah keluar bersama. Hati mama mana yang kuat untuk melihat anak menjerit sakit, tapi itulah kekuatan yang Allah beri pada hati seorang mama

sedangkan bisul pada orang dewasa pun sudah mengaduh sakit,inikan pula pada seorang bayi yang belum pun cukup setahun

bisul kedua pada dahi Ziyyad. Ziyyad walaupun sayang mama ni kurang hensem sikit,tapi mama and babah tetap sayang Ziyyad tanpa sempadan

cepat sembuh ye sayang,supaya sayang mama dapat tidur lena kembali di waktu malam

maafkan mama dan babah kalau buat Ziyyad sakit ye.

hugs and kisses and smooches dari mama dan babah.

p/s: Semoga Ziyyad sembuh,nanti nak balik KL hujung minggu depan..🙂

p/p/s::baru sekarang saya tahu apa itu erti kasih sayang dan pengorbanan tanpa sempadan

21 Responses to “*hati mama*”

  1. Dayah Says:

    Ziyyad, aunty dayah doakan cepat sembuh ye sayang..Ziyyad gud boy kan,kena kuat, tahan sakit skit ye…

  2. PadNani~~{@ Says:

    moga Ziyyad cepat baik ye..cianla dia:(

  3. Arin Says:

    alahai..sian nye anak buah ku yg sorang nih..blk kl leh la kita jumpe kat umah onyang ye?

  4. taichee~@! Says:

    Salaam Dila..

    Kesiannya tgk ziyyad sampai kena 2 bisul kat kepala pulak tuh!

    Adoyai..
    Mamalong pun ada kena kat peha tu pun dah sakit. Pastu scarring giler hitam.

    Dila: kita mmg prone dpt bisul ni. Tapikena kat ziyyad time baby alahaiiiii sedihnya tgk..

    Sian Ziyyad..huk huk…the good point is body dia is responding to the bacteria faster.

    Peluk cium ziyyad dr jauh..
    InsyaAllah ada rezeki mamalong boleh balik jumpa ziyyad

  5. NAZRI AHMAD Says:

    apa doc ckp pasal bisul ni..dia xckp apa2 ka cmana blh naik bisul cmni?
    dulu sy pn kn cmni la,sebijik mcm ziyyad si hensem ni..tp worse than him, besar sguh btl2 tngh dahi..at last dh xtahan p klinik, doc bt apa ntah, pecah bisul tu darah mnyembur abes basah kuyup baju dgn darah n nanah..parut kekal smpai skrg..so better check btl2 sbb ni dh naik 2nd bisul kn

    yg benar dan prihatin sbb kes lebih krg sama,
    -BAPAK INDAH, laki MAK INDAH-

  6. mamasyaza Says:

    betul tu…kalo boleh setiap ibu nak penyakit yg dihidap oleh anak dipindahkan pd si ibu. mcm tu lah ngan kak su…hamiz sanim masih belum pulih sepenuhnya….nak aja segala penyakit pdnya dipindahkan pd kak su.

  7. Precious Says:

    Siannyer. Makan ubat tau biar lekas baik. Mamanyer sabar yer …

  8. Ms. TaroAthirah Says:

    maybe ikut atuk KL kot ziyad ni. macam umicik, selalu sgt dpt bisul dan ketumbit.

    Shafakallah! fuh fuh!

    ziyad tetap chumil la (ref. to second pic)

    emmuahh!

  9. JeP Says:

    i'm sure in 15 years after today, a grown up, hormone-crazed ziyyad will look back at this post and be reminded of how lucky he was to have such a dedicated mom.

    masa tu i'm sure he'll think twice over any mishaps he might be up to..:)

    the good thing about this is that pain is always temporary, but the message behind it shall remain immortal. i'm sure (and pray) yg pakcik kecik tu akan beransur baik2 saja, and that the transition shall be less demanding on you and anas.

    but, until that time comes maybe you should switch to decaf just in case. ;p

  10. mama danial Says:

    alahai…kesiannyer dia!
    hilang satu, tumbuh yg lain pulak ek?
    takper laa dila, insya allah cepatlah sembuhnyer tuh…

    p/s: takde rezeki kami nak jumpa ziyyad minggu ni!

  11. ~mamazahra~ Says:

    ciannya Ziyyad
    moga cepat sembuh sayang eyh…
    auntie & zahra doakan Ziyyad,k

  12. mummy_adam Says:

    cepat baik nyer hero..

    sgt xsampai hati tgk kepala dia tu.. mesti berdenyut2 kan..

  13. cleo weiland Says:

    For the very first time, I cried reading this blog entry.

    You're amazing, Dila, you know that?

    InsyaAllah Ziyyad akan sembuh very soon. With your love and care, he will become a healthy bouncing baby once again.

    Don't cry little Ziyyad..

  14. Umi Ain Says:

    salam dila..

    ngalir air mata saya baca n3 nieh.. teringat masa ain sakit.. memang harap sangat yang sakit tu dipindahkan pada saya.. harap dila n anas banyakkan bersabar dan semoga ziyyad cepat2 sembuh..

    hug n kisses to ziyyad ya…

  15. rumiza.rashid Says:

    alahai sayu hati tengok😦

    bawak sabar la ye.ada hikmah semua tuh.nanti ziyyad lebih tahu betapa mama dan babah sayang kat dia

  16. mama-qaisara Says:

    ziyyad,
    aunty doakan ziyyad cepat sembuh ye….mama ziyyad, sabarla ye..mmg sian kt baby bila dorg kesakitan..kalau boleh biarlah kita yg tanggung kesakitan anak kita…

  17. Farah Says:

    afif pon ade bisol belakang kepala…tp tgk ziyyad punya bisol mmg beso laa..isk cepat baik ye ziyyad…

  18. Elyn Says:

    ayooo sian nyer siap kene 2 bisul!! akak yg kene bisul kat lutut dulu pun mau demam berhari2…. ini kan plak baby. cepat sembuh ek ziyyad!!!

  19. sistyah Says:

    ye…bisul sungguh sakit …sy baru je habis penderitaan itu 2 minggu sudah…

  20. Qasiyh Says:

    comelnye baby!!!

  21. Haslinda Says:

    salam ziarah,
    aiyarkkk…sama mcm zhea anak saya..dlu slalu sangat naik bisui…sampai kna p jmpa doc dia yg pecahkan bisui tu..keryau tk ingat laa..org tua2 bg petua..ambik putik nyoq..asah2 kan dgn buah manjakani..n sapu..kt tmpt yg mula2 nk naik bisui tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: